Bersama membantu tingkatkan bekalan darah negara

27 Okt 2026 - 6:35am

Siaran Akhbar dan Infografik : Kementerian Kesihatan

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 26 Oktober. - Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan, akan mengadakan kempen derma darah selama tiga hari.

Sehubungan itu, orang ramai adalah diseru untuk menyertai kempen tersebut dan sekali gus menderma darah bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di negara ini.

Kempen Derma Darah akan diadakan pada Rabu, 28 Oktober 2026 bertempat di McDonald's Lambak bermula 9.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 1.00 petang hingga 3.00 petang, manakala pada Khamis, 29 Oktober 2026 bertempat di Pusat Beli Belah Mid Valley di Jalan Masjid Salambigar anjuran Arno Zoey Wonderland bermula 10.00 pagi hingga 3.00 petang dan pada Sabtu, 31 Oktober 2026 bertempat di Lexus Showroom, Gadong bermula 10.00 pagi hingga 3.00 petang.

Orang ramai adalah juga dialu-alukan untuk datang terus ke Pusat Pendermaan Darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Saleha (RIPAS) untuk menderma darah pada hari-hari bekerja bermula 8.00 hingga 11.30 pagi dan 1.30 hingga 4.00 petang.

Tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah adalah sangat digalakkan.