Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 14 Oktober. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah bagi jawatan Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang pada masa ini disandang oleh Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Hamiddon bin Haji Ibrahim, adalah merupakan jawatan yang bertaraf Timbalan Menteri mulai hari Rabu, 3 Jamadilawal 1448 bersamaan 14 Oktober 2026.