PPDB akan adakan Latihan Tembak Peluru Hidup, 15 dan 18 Ogos

14 Og 2026 - 6:23am

Siaran Akhbar : Pasukan Polis Diraja Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 13 Ogos. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan mengadakan Latihan Tembak Peluru Hidup PPDB pada Sabtu, 15 Ogos 2026 dan Selasa, 18 Ogos 2026 bermula pukul 7.00 pagi hingga 2.00 petang di Kompleks Padang Tembak Polis Diraja Brunei, Simpang 338, Jalan Muara, Kampung Sungai Akar.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya tidak berasa cemas dan tidak menghampiri tempat latihan berkenaan kerana latihan tembak akan dijalankan menggunakan peluru hidup bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku di sepanjang latihan berkenaan dijalankan.