BEIJING, Khamis, 16 Julai. - Enam orang disahkan maut manakala 11 lagi cedera selepas sebuah van terbabas dari jalan raya dalam satu kemalangan di Daerah Baoxing, Bandar Ya’an, Wilayah Sichuan, barat daya Republik Rakyat China, petang kelmarin.
Menurut pihak berkuasa tempatan, van yang mempunyai 17 tempat duduk dan membawa 17 penumpang itu melanggar penghadang jalan sebelum terjunam ke kawasan tebing sungai kira-kira jam 6 petang.
Kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan. Seorang daripada mereka dilaporkan berada dalam keadaan serius namun stabil.
Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. - ©XINHUA