Riau giat padam kebakaran hutan, tanah seluas 7.5 hektar

14 Jul 2026 - 12:14pm

JAKARTA, 14 Julai. - Pasukan pemadam kebakaran hutan Republik Indonesia, Manggala Agni sedang giat memadam kebakaran hutan dan tanah seluas 7.5 hektar di wilayah Riau, lapor Xinhua memetik seorang pegawai tempatan pada Selasa.

Pegawai Manggala Agni di Riau, Ferdian Krisnanto berkata kebakaran melibatkan kawasan tanah gambut yang dilitupi lalang, belukar dan pokok kelapa sawit. 

Operasi pemadaman turut disertai anggota tentera dan polis, agensi pengurusan bencana daerah, kumpulan sukarelawan serta penduduk setempat, dengan sokongan helikopter. 

Usaha mengawal kebakaran giat dijalankan ketika kepulan asap masih kelihatan di beberapa lokasi. - ©BERNAMA