KABUL, 15 Nov. - Dua pelombong emas maut manakala enam lagi cedera selepas runtuhan salji melanda lereng gunung di wilayah Badakhshan, utara Afghanistan pada Sabtu, menurut jurucakap polis wilayah Ehsanullah Kamgar pada Ahad, lapor Xinhua.
Beliau berkata kejadian itu berlaku ketika sekumpulan pelombong emas sedang bekerja di sebuah lombong di daerah Arghanjkhwa.
Menurut Kamgar, pihak berkuasa wilayah mengangkut mayat kedua-dua mangsa yang maut serta enam individu yang cedera melalui udara ke sebuah hospital di Faizabad, ibu kota wilayah berkenaan. - ©BERNAMA