BEIJING, 19 Okt. - Pasukan ekspedisi saintifik Lautan Artik China Ke-16 pada Isnin memaklumkan bahawa kapal pemecah ais kutub Jidi telah selesai menjalani ujian penggunaan awal bagi sistem internet satelit yang dibangunkan di dalam negara, di sepanjang laluan perkapalan Artik.
Menurut pasukan ekspedisi berkenaan, sepanjang pelayaran itu, keupayaan komunikasi rangkaian berjaya diuji dan disahkan buat kali pertama merentasi Artik, Antartika dan Dataran Tinggi Qinghai-Tibet, yang juga dikenali sebagai ‘Kutub Ketiga’ bumi.
Pencapaian itu sekali gus menutup jurang terakhir dalam liputan komunikasi di seluruh dunia.
Ekspedisi berkenaan dianjurkan oleh Kementerian Sumber Asli China. - ©XINHUA