Minggu Udara Bersih China dilancarkan

9 Sep 2026 - 10:01am

BEIJING, 9 Sept. - Minggu Udara Bersih China 2026 yang memberi tumpuan kepada amalan inovatif dalam pengurusan pencemaran udara dilancarkan di Beijing pada Isnin.

Acara itu dianjurkan bersama oleh Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) dan Perkongsian Dasar Udara Bersih China (CCAPP), bersempena sambutan Hari Antarabangsa Udara Bersih untuk Langit Biru.

Bertemakan “Nikmati Udara Sihat, Guna Tenaga Rendah Karbon”, acara berkenaan menjadi platform untuk membincangkan secara menyeluruh isu berkaitan udara, iklim, tenaga dan kesihatan, selain menggalakkan kerjasama rentas bidang serta perkongsian pengetahuan.

Republik Rakyat China memperkenalkan tiga pelan tindakan bagi mencegah dan mengawal pencemaran udara dari 2013 hingga 2023, sekali gus mencatat antara negara dengan kadar peningkatan kualiti udara terpantas di dunia.

Pada 2025, kepekatan zarah PM2.5 di seluruh negara mencatat 28 mikrogram per meter padu, menurun 59 peratus berbanding 2013, manakala kadar hari yang merekodkan pencemaran teruk menyusut kepada hanya 0.9 peratus. - ©BERNAMA