Putin hadiri Sidang Kemuncak BRICS, adakan perbincangan dua hala dengan pemimpin dunia

11 Sep 2026 - 8:47am

MOSCOW, 11 Sept. - Presiden Rusia Vladimir Putin akan ke India pada Jumaat untuk lawatan kerja selama tiga hari bagi menghadiri Sidang Kemuncak BRICS dan mengadakan perbincangan dua hala dengan beberapa pemimpin dunia di luar sidang berkenaan, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Pada Jumaat, Putin dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri India Narendra Modi, Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa, Presiden Mesir Abdel Fattah Sisi, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Bank Pembangunan Baharu BRICS Dilma Rousseff.

Presiden Rusia itu juga akan berucap pada sesi pleno Forum Perniagaan BRICS 2026 pada hari sama.

Putin dan Modi turut dijadual melawat Innoprom, Pameran Perindustrian Antarabangsa India, yang dianjurkan bersama oleh kementerian industri dan perdagangan Rusia serta India pada Jumaat. - ©BERNAMA