49 pegawai ABDB dinaikkan pangkat

12 Sep 2026 - 6:30am

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid

Foto : Muhammad Asri Awang Haji Abas

BERAKAS, Jumaat, 11 September. - Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 49 pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah diperkenankan untuk dinaikkan pangkat.

Lima pegawai dinaikkan pangkat daripada Pemangku Mejar kepada Mejar Tetap, sembilan pegawai dinaikkan pangkat daripada Kapten / Leftenan (Tentera Laut Diraja Brunei - TLDB) Tetap kepada Mejar / Leftenan Komander (TLDB) Tetap, 10 pegawai dinaikkan pangkat daripada Kapten Tetap kepada Pemangku Mejar, dua pegawai dinaikkan pangkat daripada Pemangku Kapten / Leftenan (TLDB) kepada Kapten / Leftenan (TLDB) Tetap dan 23 pegawai dinaikkan pangkat dari Leftenan / Leftenan Madya (TLDB) kepada Kapten / Leftenan (TLDB) Tetap.

Majlis Penyampaian Lencana Kenaikan Pangkat telah disempurnakan oleh Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan yang diadakan di Mes Pegawai, Berakas Garison, hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan dan Jawatankuasa Eksekutif ABDB, pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan serta ahli keluarga pegawai-pegawai yang telah dinaikkan pangkat.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), Leftenan Kolonel Abdul Mujib bin Haji Japar bagi memberkati majlis tersebut.