LOS ANGELES, 8 Ogos. - Tasik Mead, takungan air terbesar di Amerika Syarikat (AS), menyusut ke paras terendah sejak mula diisi pada 1937 susulan kemarau yang berpanjangan, menurut data Biro Penambakan AS, lapor Xinhua.
Ketinggian air tasik itu menurun kepada 317.14 meter, menurut biro tersebut. Rekod menunjukkan paras terendah sebelum ini ialah 317.17 meter pada Julai 2022.
Sungai Colorado mengalir melalui tujuh negeri dan menyediakan air kepada 40 juta orang, menurut biro itu.
Berdasarkan angka biro tersebut, Tasik Mead berada pada kira-kira 27 peratus daripada kapasitinya pada awal Ogos.
Tasik Mead diwujudkan oleh Empangan Hoover di Sungai Colorado di sepanjang sempadan Nevada-Arizona. Takungan dan empangan itu terletak kira-kira 48 kilometer tenggara Las Vegas, Nevada. - ©BERNAMA