Berita dan Foto : Ihsan Rashid Julaihi
KUALA LUMPUR, MALAYSIA, Jumaat, 11 September. - Dua pemain pickleball dari Negara Brunei Darussalam, Rushed Julaihi dan Hazim Shah bakal menggalas cabaran negara apabila menyertai PPA Asia 1000 Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026, yang berlangsung dari 9 hingga 13 September 2026 di The Hood, Kuala Lumpur, Malaysia.
Kedua-dua pemain beraksi di bawah Pasukan Courtyard MMP, sekali gus membawa nama NBD dalam kejohanan berprestij yang menghimpunkan pemain-pemain pickleball dari rantau Asia dan negara-negara lain.
Penyertaan tersebut merupakan satu peluang penting untuk mereka menguji kemampuan di peringkat antarabangsa, selain menimba pengalaman beraksi menentang pemain-pemain dari pelbagai negara.
Selain Rushed Julaihi dan Hazim Shah, beberapa pasukan lain dari Brunei turut mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut, dengan setiap pasukan membawa nama dan mewakili pasukan masing-masing.
Penyertaan beberapa pasukan dari Brunei dalam kejohanan ini turut mencerminkan perkembangan positif serta peningkatan minat terhadap sukan pickleball di negara ini.
Pada masa yang sama, penyertaan tersebut membuka lebih banyak peluang kepada pemain tempatan untuk mendapatkan pengalaman beraksi di pentas antarabangsa.
Rushed Julaihi dan Hazim Shah berharap dapat memberikan persembahan terbaik sepanjang kejohanan serta membawa semangat dan nama Brunei dengan sebaiknya.