5 warganegara asing didakwa akibat pas imigresen mansuh

15 Jul 2026 - 8:42am

Siaran Akhbar : Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 14 Julai. - Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) mengongsikan lima sesi pendakwaan yang telah dijalankan bagi kes di bawah Bab 15(1), Akta Imigresen, Penggal 17, iaitu tinggal lebih masa di negara ini setelah pas imigresen mansuh.

Abu Bakar, seorang lelaki warganegara Republik Rakyat Bangladesh berumur 31 tahun mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan dan tiga kali sebatan. Hukuman telah berkuat kuasa pada 23 April 2026.

Sementara Billal, juga seorang lelaki warganegara Republik Rakyat Bangladesh berumur 44 tahun telah mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan dan tiga kali sebatan. Hukuman telah berkuat kuasa pada 5 Mei 2026.

Manakala Litas Kunu Ilaiha, seorang perempuan warganegara Republik Indonesia berumur 32 tahun telah mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama lima bulan dan denda sebanyak BND1,000 bagi gantian sebat.

Kegagalan individu untuk membayar denda berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan pemenjaraan kepada enam bulan. Hukuman telah berkuat kuasa pada 26 Mei 2026.

Sementara Abadul Islam, seorang lelaki warganegara Republik Rakyat Bangladesh berumur 38 tahun mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama empat bulan dan tiga kali sebatan. Hukuman telah berkuat kuasa pada 2 Julai 2026.

Manakala Deni Dwi Saputra, seorang lelaki warganegara Republik Indonesia berumur 25 tahun mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama empat bulan dan tiga kali sebatan. Hukuman telah berkuat kuasa pada 2 Julai 2026.

JIPK sukacita mengalu-alukan kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan pesalah-pesalah imigresen untuk berhubung terus ke talian Hotline JIPK di talian +673 8734888 atau +673 8753888 (Bandar Seri Begawan) atau +673 8984111 (Kuala Belait).