Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Polis Diraja Brunei
TUTONG, Rabu, 21 Oktober. – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Balai Polis Tutong ingin memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang buruh dipercayai lari daripada majikan.
Buruh berkenaan ialah Dika Diana Ekawati, berusia 32 tahun yang merupakan seorang perempuan warganegara Republik Indonesia dengan nombor Kad Pengenalan 51-546261 (H).
Jika terdapat sebarang maklumat mengenainya, sila hubungi Balai Polis Tutong melalui talian +673 4221333 atau Talian Kecemasan Polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.