Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Polis Diraja Brunei
TEMBURONG, Selasa, 21 Julai. - Pihak Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Balai Polis Bangar ingin memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pekerja lelaki warganegara Bangladesh yang dipercayai lari daripada majikan iaitu Md Ibrahim Baperi, berusia 42 tahun, dengan nombor pasport A08239123.
Jika terdapat sebarang maklumat mengenai beliau, sila hubungi Balai Polis Bangar menerusi talian +673 5221333 atau Talian Kecemasan Polis 993 atau terus melaporkan ke balai-balai polis berdekatan.