Berangkat ke Republik Singapura hadiri YLP Ke-12

29 Sep 2026 - 8:11am

Oleh : Pg. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said, Pg. Nur Hafilah Pg. Osman

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 28 September. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini berkenan berangkat ke Republik Singapura bagi Program Pemimpin-pemimpin Muda (YLP) Singapore- Brunei Ke-12 yang diadakan bermula 28 September hingga 2 Oktober 2026.

Berangkat ke Hangar Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Rimba bagi menyembahkan selamat berangkat Kehadapan Majlis Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri di JPM.

Sebelum berangkat, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman.

Turut berangkat dan hadir ke Hangar Penerbangan Kebawah DYMM bagi menyembahkan selamat berangkat Kehadapan Majlis Duli Yang Teramat Mulia, Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Di-Raja, Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei serta Setiausaha-setiausaha Tetap dari JPM, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, dan Kementerian Pendidikan.