Siaran Akhbar dan Foto : Persatuan Aftercare Support Association
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 13 Julai. - Dalam usaha berterusan memperkukuh sokongan terhadap Rakan Seliaan (RS), Persatuan Aftercare Support Association (AFSA) meneruskan komitmennya dengan menganjurkan Program Kemahiran Hidup : Pembuatan Kek Asas melalui kerjasama strategik bersama Sir Halawi Studio Hub.
Bengkel tersebut telah diadakan baru-baru ini bertempat di Pejabat AFSA, Jalan Kebangsaan. Program tersebut disertai oleh seramai lapan peserta, terdiri daripada enam peserta di bawah Skim Pelepasan Sementara (SPS), seorang RS dan seorang peserta awam.
Hadir sama pada acara tersebut ialah Yang Dipertua Persatuan AFSA, Dayang Hajah Juhana binti Haji Mohd. Jaya dan Ahli-ahli AFSA.
Adapun tujuan diadakan adalah untuk memberikan pendedahan serta kemahiran praktikal dalam seni pembuatan kek yang boleh dimanfaatkan oleh para peserta sebagai asas untuk memulakan perniagaan