Berkenan berangkat ke Majlis Santap Malam

13 Og 2026 - 6:41am

Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri

Foto : Australian Government Department of Defence

CANBERRA, AUSTRALIA, Rabu, 12 Ogos. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat ke Majlis Santap Malam yang dihoskan oleh Admiral Mark Hammond AO RAN, Chief of the Australian Defence Force dan isteri.

Majlis tersebut diadakan di kediaman rasmi Chief of the Australian Defence Force.