Oleh : Dk. Hajah Naqayatul Akma Pg. Haji AliFoto : Muhammad Asri Awang Haji Abas
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 16 Julai. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM); dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri berkenan berangkat ke Majlis Santap Pagi yang dihoskan oleh Menteri Kanan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Lee Hsien Loong dan isteri, Datin Paduka Seri Laila Jasa Madam Ho Ching diadakan di Assaraa, Jalan Menteri Besar, pagi tadi.
Majlis Santap Pagi tersebut dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan seterusnya beredar ke ruang santap.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Negara di Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Republik Singapura, Goh Pei Ming.