Berkenan hantar titah perutusan tahniah

25 Og 2026 - 10:42am

BERAKAS, Isnin, 24 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Mirza Fakhrul Islam Alamgir, berikutan dengan pelantikannya sebagai Presiden Republik Rakyat Bangladesh yang baharu.