BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 26 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan takziah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Abdullah II Ibn Al Hussein, Raja Jordan dan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kerajaan Hasyimiyah Jordan, Tuan Yang Terutama Jaafar Hassan serta kerajaan dan rakyat Kerajaan Hasyimiyah Jordan berikutan dengan insiden tembakan di sebuah gereja di Wilayah Karak, Kerajaan Hasyimiyah Jordan baru-baru ini yang meragut nyawa dan menyebabkan ramai cedera.