Siaran Akhbar dan Foto : Persatuan Aftercare Support Associstion
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 14 Julai. - Persatuan Aftercare Support Associstion (AFSA) baru-baru ini telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran atas kejayaan sebagai penerima Anugerah Cemerlang Ilal Hijrah bagi Kategori Kebajikan dan Kesukarelawan pada Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1448 Peringkat Negara di Pusat Persidangan Antarabangsa pada 4 Julai 2026 yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Alhamdulillah tujuan majlis berkenaan diadakan adalah sebagai tanda kesyukuran atas penerimaan anugerah berkenaan yang sangat tinggi nilainya kepada AFSA, selain sebagai pendorong dan motivasi yang berterusan kepada ahli-ahli AFSA agar terus bergiat aktif dalam ‘mendangani’ dan menyantuni Rakan Seliaan (RS) dan mereka yang memerlukan.
Hadir pada majlis berkenaan, Penasihat-penasihat AFSA, Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Datin; Profesor Dr. Awang Haji Asbol bin Haji Mail dan isteri; Yang Dipertua AFSA, Dayang Hajah Juhana binti Haji Mohd. Jaya; Timbalan Pengarah Penjara, jemputan khas, Stakeholders AFSA dan ahli-ahli AFSA.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Kesyukuran serta ucapan ringkas daripada Yang Dipertua AFSA.
Dalam ucapan Yang Dipertua AFSA, beliau menzahirkan rasa penuh kesyukuran atas penerimaan Anugerah Cemerlang Ilal Hijrah bagi Kategori Kebajikan dan Kesukarelawan yang sangat bermakna.
Tambahnya lagi, semoga ia akan dapat menyuntik semangat dan itlizam yang tinggi kepada ahli-ahli AFSA agar terus memberikan komitmen dan komited bagi kecemerlangan persatuan berkenaan.