Oleh : Marlinawaty Hussin
Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Mohammad Hasif Matzin
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap tetamu-tetamu peribadi dari negara-negara sahabat yang berada di negara ini bagi menghadiri Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang Ke-80, Tahun 2026.
Majlis Mengadap berkenaan berlangsung di Istana Nurul Iman, di sini, petang tadi.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha mula-mula berkenan menerima mengadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar bersama isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Fauziah binti Mohamad Sanusi.
Turut mengadap ialah Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Yang Berhormat Dato Paduka Seri Laila Jasa Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan, bersama isteri, Yang Berbahagia Datin Dato Hajah Dayang Morliah binti Datuk Haji Awang Daud.
Juga mengadap Kehadapan Majlis Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Dato Seri Paduka Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Musa bin Haji Aman; dan Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, bersama isteri, Yang Amat Berbahagia Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag.
Seterusnya, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap Menteri Kanan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Lee Hsien Loong, bersama isteri, Datin Paduka Seri Laila Jasa Madam Ho Ching.
Kemudian mengadap Kehadapan Majlis Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah Yang Terhormat (Purn.) Dato Paduka Seri Muhammad Andika Perkasa dari Republik Indonesia bersama isteri, Datin Diah Erwiany Perkasa.
Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri juga berkenan menerima mengadap beberapa pakar perubatan antarabangsa, iaitu; Pakar Otorhinolaryngology/ENT, Republik Singapura, Dato Seri Laila Jasa Dr. Dharambir Singh Sethi, bersama anak, Ms. Havneet Kaur Sethi; Pakar Orthopedic di Amerika Syarikat, Dato Seri Laila Jasa Dr. Andrew Albert Freiberg, bersama isteri, Datin Deirdre Annin Freiberg; serta Chief Executive Officer, Senior Consultant Cardiothoracic Surgeon, Institut Jantung Negara (IJN) Malaysia, Dato Seri Laila Jasa Dato’ Sri Dr. Mohamed Ezani Md. Taib, bersama isteri, Datin Sri Rayslida binti Mohd. Rashdan dan Head of Cardiology Department, Consultant Cardiologist, IJN Malaysia, Dato Seri Laila Jasa Dato’ Sri Dr. Azmee Mohd. Ghazi, bersama isteri, Datin Azleen binti Osman Rani.