Kebawah DYMM Sultan Oman terima kunjungan mengadap

5 Nov 2026 - 8:01am

Oleh : Pg. Vivy Malessa Pg. IbrahimFoto : Mohammad Hasif Matzin

JERUDONG, Rabu, 4 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haitham bin Tarik, Sultan Oman berkenan menerima kunjungan mengadap daripada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri yang berlangsung di The Empire Brunei, pagi tadi.

Juga mengadakan kunjungan mengadap ialah Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku Menteri Pengiring; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof dan Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Awang Lim Jock Seng, mantan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Oman serta rombongan berada ke Negara Brunei Darussalam sempena Keberangkatan Negara dari 2 hingga 4 November 2026.