Lelaki tempatan didenda miliki rokok pelbagai jenis

11 Sep 2026 - 5:59am

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid

KUALA BELAIT, Khamis, 10 September. - Majistret, Nur Eleana binti Dato Paduka Haji Hairol Arni hari ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak BND7,000 atau tujuh bulan pemenjaraan terhadap Muhammad Azrul Aqma bin Yusman, 20 tahun atas kesalahan memiliki lapan karton, dua paket dan 19 batang rokok pelbagai jenis tanpa kebenaran yang sah di bawah Seksyen 146(1)(d) Perintah Eksais 2006.

Muhammad Azrul Aqma ditangkap oleh Pegawai-pegawai Pemeriksa Kastam Pos Kawalan Sungai Tujuh di Bahagian Ketibaan Pos Kawalan Sungai Tujuh Kuala Belait pada 3 November 2025 pukul 7.40 malam.

Kesemua barang yang terlibat iaitu rokok pelbagai jenis dihukum rampas untuk diserahkan kepada kerajaan bagi tujuan pelupusan.