Oleh : Nur Amalia Alisha Daud
Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Julai. – Majlis Makan Malam Menteri Kabinet Bersama Menteri Kanan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Lee Hsien Loong dan isteri, Datin Paduka Seri Laila Jasa Madam Ho Ching telah diadakan malam tadi, di sini.
Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan ll, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Menteri Penyelaras bagi Dasar-dasar Ekonomi dan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin; Menteri Penyelaras bagi Dasar-Dasar Sosial dan Tenaga Manusia, dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman; Menteri di JPM (Tenaga, Huluan dan Hiliran), Yang berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mohammad Azmi bin Haji Mohd. Hanifah; Menteri Kewangan ll, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri ll, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd. Yusof.
Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan seterusnya beredar ke ruang makan.
Majlis makan malam yang dihoskan oleh Tuan Yang Terutama Dato Laila Utama Lee Hsien Loong dan isteri telah diadakan di F23 Assaraa, Jalan Menteri Besar.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Negara di Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Republik Singapura, Goh Pei Ming dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam (NBD), Tuan Yang Terutama Yip Wei Kiat.