Siaran Akhbar dan Foto : Bank Islam Brunei Darussalam
JERUDONG, Jumaat, 23 Oktober. - Pameran Rumah Impian Mampu Milik kini berlangsung hingga Ahad, 25 Oktober 2026 di Dewan 2 BRIDEX, Jerudong, memberikan peluang kepada orang ramai untuk meneroka pilihan pemilikan rumah mampu milik serta mendapatkan maklumat mengenai promosi pembiayaan yang ditawarkan.
Pameran anjuran Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) bersama Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP), Kementerian Pembangunan itu mencerminkan komitmen bersama dalam memperluas akses kepada pilihan perumahan mampu milik, penyelesaian pembiayaan dan khidmat nasihat bagi membantu rakyat di negara ini merealisasikan impian memiliki rumah sendiri.
Melalui pameran tersebut, para pengunjung berpeluang berinteraksi secara langsung dengan wakil BIBD, mengetahui pilihan pembiayaan yang tersedia serta mendapatkan panduan praktikal bagi membantu mereka membuat keputusan yang bersesuaian dengan keperluan dan kemampuan kewangan masing-masing.
Menyedari bahawa pemilikan rumah merupakan antara pencapaian penting dalam kehidupan, BIBD percaya bahawa akses kepada pembiayaan yang mampu milik, maklumat yang tepat dan panduan praktikal memainkan peranan penting dalam membantu individu dan keluarga membuat keputusan kewangan yang bijak.
Sehubungan itu, BIBD menawarkan pelbagai promosi eksklusif pembiayaan perumahan sepanjang pameran berkenaan, termasuk kadar keuntungan istimewa, subsidi pembiayaan perumahan dan pengecualian yuran pemprosesan, tertakluk kepada syarat kelayakan dan terma yang ditetapkan.
Tawaran berkenaan bertujuan membantu meringankan sebahagian daripada komitmen kewangan berkaitan pemilikan rumah, di samping memberikan lebih banyak fleksibiliti kepada pelanggan untuk memilih penyelesaian pembiayaan yang bersesuaian dengan matlamat mereka.
Selain pembiayaan perumahan, para pengunjung juga berpeluang mengetahui pelbagai tawaran promosi lain yang disediakan bagi memenuhi keperluan kewangan dan gaya hidup pelanggan.
Bagi pelanggan yang memerlukan pembiayaan peribadi atau merancang untuk melakukan pengubahsuaian rumah, BIBD turut menawarkan manfaat promosi eksklusif, termasuk pengecualian yuran pemprosesan dan kadar pembiayaan istimewa bagi permohonan yang memenuhi syarat kelayakan.
BIBD juga menawarkan manfaat promosi kepada pemegang kad kredit, termasuk pengecualian yuran tahunan bagi permohonan baharu yang layak serta pemegang kad utama sedia ada, tertakluk kepada terma dan syarat yang berkenaan.
Di samping itu, para pengunjung berpeluang mengetahui lebih lanjut mengenai Kad Debit Platinum BIBD yang diperbaharui dengan reka bentuk moden, ciri keselamatan yang dipertingkatkan serta penggunaan bahan plastik kitar semula.
Sempena pameran berkenaan, BIBD turut menawarkan pengecualian yuran penggantian kad debit untuk tempoh terhad bagi membolehkan pelanggan yang layak mendapatkan Kad Debit Platinum BIBD dengan reka bentuk baharu tanpa dikenakan yuran penggantian biasa.
Semua tawaran promosi berkenaan tersedia sepanjang pameran pada 24 dan 25 Oktober 2026, tertakluk kepada syarat kelayakan serta terma dan syarat masing-masing.
Orang ramai adalah dialu-alukan untuk mengunjungi pameran berkenaan bagi mengetahui lebih lanjut mengenai promosi yang ditawarkan, mendapatkan penerangan secara langsung daripada wakil BIBD serta meneroka pilihan pembiayaan dan sokongan yang tersedia untuk membantu merealisasikan impian memiliki rumah sendiri.
Sebagai institusi kewangan Islam terkemuka di Negara Brunei Darussalam, BIBD mengiktiraf kepentingan pemilikan rumah dalam menyokong kesejahteraan keluarga, ketahanan kewangan dan jaminan masa depan.
Melalui penyediaan penyelesaian kewangan yang mudah diakses, tawaran yang kompetitif serta panduan yang mengutamakan keperluan pelanggan, BIBD terus komited untuk membantu individu dan keluarga mengharungi proses pemilikan rumah dengan lebih yakin.
Penganjuran pameran tersebut turut mencerminkan peranan BIBD sebagai Rakan Kemajuan (Partner in Progress) dalam menyokong keperluan dan aspirasi keluarga di negara ini, di samping menyediakan penyelesaian kewangan yang bersesuaian bagi membantu masyarakat mencapai matlamat masing-masing.
Selaras dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035, BIBD akan terus komited menyediakan penyelesaian kewangan yang mudah diakses, bertanggungjawab dan berfokuskan pelanggan bagi memperkasa individu, keluarga serta perniagaan untuk mencapai matlamat mereka dan menyumbang kepada pembangunan jangka panjang negara.