BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 8 September. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi pelantikan beberapa orang pegawai kanan seperti berikut :
Timbalan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Mohammad Sharif bin Dato Paduka Haji Ibrahim untuk dinaikkan pangkat dan dilantik menjadi Setiausaha Tetap (Dasar dan Pentadbiran) di Kementerian Pertahanan; Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Dayang Poh Kui Choon untuk dinaikkan pangkat dan dilantik menjadi Setiausaha Tetap (Kewangan dan Pembangunan) di Kementerian Pertahanan; Ketua Unit Inspektorat ABDB, Kepten Haji Norbahrin bin Haji Muamad, Tentera Laut Diraja Brunei untuk dinaikkan pangkat dan dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pentadbiran) di Kementerian Pertahanan; dan Pemangku Pengarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja, Jabatanarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja di Kementerian Pertahanan, Sr. Dayang Hajah Wan Farhani binti Haji Suhaili untuk dinaikkan pangkat dan dilantik menjadi Timbalan Setiausaha Tetap (Kewangan dan Pembangunan) di Kementerian Pertahanan.
Tarikh kenaikan pangkat dan pelantikan pegawai-pegawai kanan tersebut berkuat kuasa mulai hari Rabu, 27 Rabiulawal 1448 bersamaan 9 September 2026.