PERTIWI adakan Sambutan Awal Muharam 1448

13 Jul 2026 - 10:05am

SEKITAR majlis tersebut.

Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani

Foto : Pg. Nur Hafilah Pg. Osman

KAMPUNG KIARONG, Ahad, 12 Julai. - Persatuan PERTIWI petang tadi mengadakan Majlis Sambutan Awal Muharam Tahun 1448 Hijrah berlangsung di Dewan Serbaguna, Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah isteri Menteri Hal Ehwal Ugama, Datin Hajah Norazimah binti Haji Ramlee.

Juga hadir, Yang Dipertua PERTIWI, Datin Hajah Dayang Siti Hajar binti Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof selaku Pengerusi Majlis serta kira-kira 120 Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PERTIWI dan ahli-ahli yang mewakili Cawangan Persatuan PERTIWI dari keempat-empat daerah.

SEKITAR majlis tersebut.

Turut hadir, para pemimpin Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam dan Persatuan yang bergabung di dalamnya.

Acara diserikan dengan satu ceramah khas yang disampaikan oleh Penolong Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Dayang Norhasima binti Haji Omar.

SEKITAR majlis tersebut.

Majlis juga diselajurkan dengan meraikan Ahli-ahli Persatuan PERTIWI yang telah kembali ke tanah air setelah menunaikan ibadah haji pada tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi.

Dengan adanya majlis seumpama ini, ia sebagai salah satu projek keagamaan tahunan persatuan berkenaan bagi menyambut hari-hari kebesaran IsIam. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim kalangan warga Persatuan PERTIWI dari keempat - empat Cawangan PERTIWI iaitu Cawangan Daerah Brunei dan Muara, Cawangan Daerah Belait, Cawangan Daerah Tutong dan Cawangan Daerah Temburong.