Perutusan tahniah sempena Hari Kebangsaan Republik Singapura

9 Og 2026 - 10:38am

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 9 Ogos. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Tharman Shanmugaratnam; dan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lawrence Wong, serta kerajaan dan rakyat Republik Singapura bersempena dengan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Republik Singapura Yang Ke-61 Tahun.