Progresif Sdn. Bhd. sertai perhimpunan, perarakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad

26 Og 2026 - 6:10am

Siaran Akhbar dan Foto : Progresif Sendirian Berhad

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 25 Ogos. - Progresif Sendirian Berhad menyertai ribuan umat Islam di ibu negara untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pada setiap 12 Rabiulawal.

Perarakan tahunan tersebut merupakan salah satu perhimpunan keagamaan terbesar di Negara Brunei Darussalam, yang dianjurkan merupakan tanda kecintaan dan penghormatan kita terhadap Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan mengikuti sunnah yang dibawa oleh Baginda.

Delegasi Progresif yang diketuai oleh Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat, Awang Abdul Hakeem bin Haji Basir bersama pasukan Pengurusan Kanan dan pekerja, menyertai perarakan untuk menghormati majlis tersebut.

Penyertaan mereka juga untuk menyumbang kepada masyarakat dalam mengukuhkan nilai-nilai kepercayaan, perpaduan, dan ketaatan bersama, sambil menegaskan semula identiti Negara Brunei Darussalam sebagai ‘Negara Zikir’, dengan sentiasa mengingati Allah Subhanahu Wata’ala.