Taklimat tingkatkan kesedaran mengenai ancaman siber

22 Og 2026 - 9:03am

Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Polis Diraja Brunei

 

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 21 Ogos. - Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah menyampaikan taklimat bertajuk ‘Penipuan Dalam Talian’ kepada 50 orang kakitangan Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (BEDB) di Anggerek Desa, kelmarin.

Taklimat yang disampaikan oleh Ketua Inspektor Adinin bin Haji Ahmad itu bertujuan memberikan pendedahan mengenai modus operandi penipuan dalam talian, di samping meningkatkan kesedaran mengenai kesalahan menjadi keldai akaun (‘mule account’) serta langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah siber.

Usaha tersebut merupakan antara langkah BSJS dalam memperluaskan kesedaran awam mengenai ancaman jenayah siber serta kepentingan mengamalkan langkah keselamatan ketika berurusan secara dalam talian.

BSJS akan terus memperkukuh kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam memperluaskan program kesedaran bagi membendung jenayah siber di Negara Brunei Darussalam.