Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali
UNITED KINGDOM, Khamis, 10 September. - Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menghantar Penolong Profesor di Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Dr. Amnisuhailah Abarahan, yang telah terpilih untuk mengikuti Islamic Capital Market Summer School 2026 di Durham University Business School, United Kingdom (UK).
Program yang diadakan bermula 4 Ogos hingga 4 September 2026 tersebut merupakan program anjuran bersama Securities Commission Malaysia dan juga Durham Centre for Islamic Economics and Finance, UK.
Ia mengetengahkan perbincangan dan pendedahan menyeluruh mengenai pasaran modal Islam secara global khususnya dalam penerapan penting Maqasid Shariah dalam aplikasi dan operasi pasaran modal yang telah diperkenalkan oleh Securities Commission Malaysia melalui Maqasid Shariah Guidelines for Islamic Capital Market.
Program yang dihadiri oleh para pakar penasihat syariah dan pengamal industri perbankan dan pasaran modal, dan pelatih dari pelbagai negara itu juga telah memberikan peluang networking dan jalinan kerjasama yang lebih erat di dalam industri kewangan Islam.