Berangkat tiba di Nagoya, Jepun

18 Sep 2026 - 8:07am

Siaran Akhbar dan Foto : Ihsan Urus Setia Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Asia Ke-20, 2026

 

NAGOYA, JEPUN, Khamis, 17 September. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Olympic Council of Asia Honorary Executive Board Member dan Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam berangkat tiba di Nagoya, Jepun bagi menghadiri temasya Sukan Asia Ke-20, Aichi-Nagoya 2026 yang akan berlangsung dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.  

Menjunjung keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah setibanya di hotel penginapan disambut oleh Operations Director Hilton Nagoya Hotel, Tanya Bamberg.

Duli Yang Teramat Mulia juga berkenan berangkat ke salah satu Penginapan Rasmi kejohanan 20th Asian Games 2026 iaitu kapal Cruise Ship Costa Sarena yang menempatkan atlet wusyu negara dan jurulatih.  

Semasa berangkat di sana, DYTM juga berkenan bagi memberikan kata-kata semangat kepada atlet-atlet wusyu yang akan mula bertanding pada 20 September 2026 ini.