Oleh : Dk. Hajah Naqayatul Akma Pg. Haji AliFoto : Ihsan Urus Setia Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Komanwel Glasgow 2026 Ke-23
GLASGOW, SCOTLAND, Sabtu, 25 Julai. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BDNOC) berkenan berangkat ke Venue Sukan Renang bagi menyaksikan penyertaan atlet renang Negara Brunei Darussalam (NBD), Hayley Wong dalam Acara Women's 50m Butterfly sempena Sukan Komanwel Ke-23 baru-baru ini.
Keberangkatan tersebut mencerminkan sokongan dan keprihatinan berterusan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah terhadap para atlet negara yang membawa cabaran di peringkat antarabangsa, di samping menyuntik semangat kepada Kontinjen NBD.
Duli Yang Teramat Mulia juga berkenan memberikan sabda nasihat dan kata-kata semangat kepada atlet dan seterusnya berkenan bergambar ramai.