Kongsi pandangan, pengalaman mengenai pengurusan, pembangunan kelab

22 Jul 2026 - 5:40am

Siaran Akhbar dan Foto : Kelab Bola Sepak Gergasi FC

MIRI, SARAWAK, Selasa, 21 Julai. - Pengurusan Kelab Bola Sepak Gergasi FC menimba satu pengalaman yang cukup bermakna apabila berpeluang mengadakan kunjungan dan bertemu dengan pasukan serta pengurusan Kelab Bola Sepak Kuching City (FC), di Stadium Miri, Sarawak.

Delegasi yang diketuai oleh Pengerusi Gergasi FC, Pengiran Zamri bin Pengiran Haji Bujang telah mengambil kesempatan untuk bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman mengenai pengurusan pasukan serta pembangunan kelab berkenaan.

Turut hadir, Presiden Bola Sepak Miri (Miri FA), Mohamad Saif Jubaidi.

Pasukan Kuching City FC di bawah kendalian Aidil Sharin Sahak, kini sedang rancak memantapkan jentera pasukan bagi menghadapi kejohanan Liga Super Malaysia 2026-2027.

Musim lalu, skuad dari Bumi Kenyalang berkenaan menduduki naib juara Liga Super Malaysia.