MPM Serasa anjur Pertandingan Boling

19 Jul 2026 - 6:03am

Siaran Akhbar dan Foto : Majlis Perundingan Mukim Serasa

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 Julai. - Pertandingan Boling bagi Kampung-kampung Mukim Serasa telah diungkayahkan oleh Majlis Perundingan Mukim (MPM) Serasa yang berlangsung di I-Bowl Utama Bowling, Batu Satu, baru-baru ini.

Pertandingan tersebut telah disertai oleh 12 pasukan yang mewakili Pasukan Kampung Kapok, Pasukan Rancangan Perumahan Negara (RPN) Meragang 1, Pasukan RPN Meragang 2, Pasukan Kampung Serasa, Pasukan RPN Serasa dan Pasukan Muara / Masjid Lama.

Dalam Kategori Lelaki Berpasukan, Pasukan RPN Meragang 1 telah mengungguli tempat pertama manakala Pasukan Perempuan dari Kampung Serasa telah menduduki tempat pertama dalam kategori tersebut.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Penghulu Mukim Serasa, Awang Saiful Adli bin Ali Hassan.

Penyampaian hadiah juga diberikan kepada pemenang jatuhan pin yang terbanyak bagi Individu Lelaki iaitu Awang Mohammad Taufiq daripada Pasukan Kampung Muara / Masjid lama dan Individu Perempuan iaitu Dayang Hajah Sarimah dari Pasukan Kampung Kapok.

Antara objektif pertandingan adalah sebagai wadah bagi para penduduk yang tinggal di kawasan Mukim Serasa untuk lebih bergiat aktif dan bersatu hati dalam apa jua aktiviti yang diadakan oleh MPM Serasa.