Siaran Akhbar dan Foto : Pasukan Simpanan Polis ‘D’ Kompeni, Pasukan Polis Diraja Brunei
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 15 Oktober. - Sempena Ulang Tahun Ke-40 penubuhan Pasukan Simpanan Polis 'D' Kompeni, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), satu Perlawanan Badminton Persahabatan bersama pasukan Pasukan Bulu Tangkis Harmoni (PBT Harmoni) Kampung Tanjong Nangka diadakan baru-baru ini di Dewan Serbaguna Balai Polis Berakas.
Sebelum perlawanan dimulakan, pertukaran cenderamata antara kedua-dua pasukan telah disampaikan oleh Pemangku Pegawai Pemerintah Polis Simpanan, Pengiran Haji Md. Aminul Sarni bin Pengiran Haji Sarpuddin, selaku Ketua Pasukan Simpanan Polis 'D' Kompeni, PPDB; dan Ketua Pasukan PBT Harmoni, Awang Haji Jofri bin Haji Sahat.
Perlawanan persahabatan berkenaan bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan, di samping mengeratkan lagi silaturahim dan semangat persahabatan antara kedua-dua pasukan.