Siaran Akhbar dan Foto : Persatuan Bolasepak Amatur Daerah Tutong
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 1 September. - Persatuan Bolasepak Amatur Daerah Tutong (TDAFA) Bawah 23 Tahun (U23) baru-baru ini telah mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan dengan menentang Pancur Murai FC.
Perlawanan persahabatan berkenaan adalah bertujuan untuk membuat latihan awal bagi persiapan menghadapi Sukan Kebangsaan yang akan diadakan pada November 2026.
Perlawanan berkenaan adalah persiapan bagi TDAFA yang akan mewakili pasukan dari Daerah Tutong dalam Sukan Kebangsaan berkenaan.
Hadir menyaksikan perlawanan berkenaan, Yang Dipertua TDAFA, Awang Haji Takong bin Ahmad; Yang Dipertua 1, Awang Bujang bin Haji Japar; dan Setiausaha Agong, Awang Matusin bin Sumpong serta Ahli Jawatankuasa (AJK) TDAFA.