Siaran Akhbar dan Foto : Urus Setia Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Para Asia Ke-5, Aichi-Nagoya, Jepun 2026
AICHI-NAGOYA, JEPUN, Jumaat, 16 Oktober. - Majlis Team Welcoming Ceremony bagi temasya Sukan Para Asia Ke-5, Aichi-Nagoya, Jepun 2026 telah diadakan baru-baru ini bertempat di Athlete's Interaction Area, Garden Pier Villa.
Majlis telah dialu-alukan oleh Aichi prefecture governor, Hideaki Ohmura.
Acara kemudiannya diteruskan dengan upacara menaikkan bendera negara-negara peserta. Upacara dimulakan dengan menaikkan bendera Jepun, Negara Brunei Darussalam (NBD), Republik Filipina, Lubnan dan Republik Singapura.
Kontinjen NBD telah diwakili seramai tiga orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai dan diketuai oleh Awang Ali Yusri bin Abdul Ghafor, selaku Chef de Mission (CDM).
Majlis berlangsung dengan lancar dan menjadi salah satu acara rasmi temasya Sukan Para Asia Ke-5, Aichi-Nagoya, Jepun 2026.
Sementara itu, atlet Para Badminton negara, Awangku Muhd. Amirul Faiq bin Pengiran Zali, yang berada dalam Group 'D' akan menentang atlet dari Hong Kong dalam acara Men Singles SH6 yang dijadualkan pada hari ini.
Perlawanan pusingan Preliminary Round akan diadakan di Court 3, di Ichinomiya Municipal City Gymnasium.
Sukan Para Asia Ke-5, Aichi-Nagoya, Jepun 2026 akan berlangsung secara rasmi pada 18 hingga 24 Oktober 2026.
NBD diwakili oleh seramai lima ahli kontinjen, terdiri daripada seorang atlet Para Badminton dan empat pegawai, iaitu CDM, ketua urus setia, ahli fisioterapi dan jurulatih Para Badminton.