SAN FRANCISCO, 2 Ogos. - Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan dua lagi cedera dalam insiden tembakan berhampiran restoran In-N-Out di Twin Falls, Idaho, pada Sabtu, kata pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Tembakan bermula di dalam restoran itu sebelum 2:30 petang waktu tempatan (2030 GMT), lapor CBS News memetik Joshua Palmer, penyelaras maklumat awam untuk bandar Twin Falls. Tiada butiran lanjut mengenai kejadian. - ©BERNAMA