4 maut, 6 cedera dalam runtuhan terowong di Mongolia Dalam

31 Jul 2026 - 8:58am

BEIJING, Jumaat, 31 Julai. - Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala enam lagi cedera selepas sebuah terowong yang sedang dalam pembinaan runtuh awal pagi tadi di Bandar Ulanqab, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara Republik Rakyat China.

Menurut pihak berkuasa tempatan, kejadian berlaku kira-kira 3.50 pagi di tapak pembinaan terowong di Daerah Zhuozi yang dikendalikan oleh China Railway 15th Bureau Group Co. Ltd.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan mangsa yang mungkin masih terperangkap.

Sementara itu, semua mangsa yang cedera sedang menerima rawatan, manakala siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. - ©XINHUA