Pemenang Travel Made Simple terima hadiah

23 Og 2026 - 7:03am

Siaran Akhbar dan Foto : Darussalam Services Sendirian Berhad

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 22 Ogos. - Darussalam Services Sendirian Berhad (DSSB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah Travel Made Simple pagi tadi bertempat di Atrium, The Airport Mall, Berakas.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Pengarah Urusan Darussalam Holdings Sdn. Bhd., Awang Haji Mahmud bin Haji Mohamed.

Acara berkenaan diadakan bagi meraikan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang Kempen Travel Made Simple, yang telah berlangsung dari 1 September 2025 hingga 30 Jun 2026. Kempen yang mendapat sambutan menggalakkan berkenaan telah menerima lebih 30,000 penyertaan daripada pelanggan yang membuat pembelian tiket penerbangan, pakej haji dan umrah serta pakej pelancongan ‘outbound’ yang ditawarkan oleh DSSB.

Daripada jumlah berkenaan, seramai 20 pemenang telah terpilih untuk merebut pelbagai hadiah menarik dalam peringkat penyampaian hadiah terakhir.

Pemenang tempat pertama ialah Dayang Hajah Halimah binti Haji Salim dengan menerima Vespa Sprint 150S, manakala tempat kedua diraih oleh Dayang Mardiana binti Haji Amit dengan menerima BND5,000 Travel Voucher, sementara tempat ketiga pula milik Dr. Haji Mohamad Zulkhiri bin Mohamad dengan menerima Apple iPhone 17 Pro Max 256GB.

Selain tiga hadiah utama berkenaan, para pemenang lain turut berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik yang disediakan di bawah Kempen Travel Made Simple. Kempen berkenaan merupakan salah satu usaha DSSB untuk menghargai sokongan dan kepercayaan pelanggan, di samping menggalakkan orang ramai untuk menjadikan urusan perjalanan mereka lebih mudah bersama DSSB.

Dengan slogan 'Win Big With Every Purchase', Travel Made Simple memberikan peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan penyertaan tambahan bagi setiap BND500 yang dibelanjakan untuk produk perjalanan yang layak.

DSSB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan yang telah menyertai kempen berkenaan serta memberikan sokongan berterusan kepada perkhidmatan DSSB yang ditawarkan.

Tahniah diucapkan kepada kesemua 20 pemenang. Semoga kemenangan berkenaan menjadi kenangan manis dan membawa lebih banyak pengalaman perjalanan yang bermakna bersama DSSB.