Atlet para badminton NBD menang ke atas Republik Filipina

18 Okt 2026 - 6:35am

171026_PR PARA4

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Awang Haji Sulaiman

Foto : Urus Setia Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Para Asia Ke-5, Aichi-Nagoya, Jepun 2026

 

AICHI-NAGOYA, JEPUN, Sabtu, 17 Oktober. - Atlet para badminton negara, Awangku Muhd. Amirul Faiq bin Pengiran Zali, mencatat kemenangan dalam acara Men Singles SH6 pada Temasya Sukan Para Asia Ke-5, Aichi-Nagoya, Jepun 2026.

Beraksi dalam Kumpulan D bagi peringkat kumpulan, Awangku Muhd. Amirul Faiq berdepan atlet dari Republik Filipina, John Cyrus Maclang, di Court 2, Ichinomiya Municipal City Gymnasium.

Atlet negara mempamerkan aksi cemerlang apabila menewaskan lawannya dengan keputusan 2 - 0, menerusi kemenangan 21 - 18 pada set pertama dan 21 - 10 pada set kedua.

Perlawanan tersebut berlangsung selama 27 minit, dengan rali terpanjang dicatatkan selama 86 saat.

Kemenangan itu menyaksikan Awangku Muhd. Amirul Faiq berjaya mengatasi wakil Republik Filipina dalam aksi pembukaan acara berkenaan.

171026_PR PARA5