Atlet para badminton negara gagal mara ke suku akhir

20 Okt 2026 - 5:58am

Siaran Akhbar dan Foto : Urus Setia Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Para Asia Ke-5, Aichi-Nagoya, Jepun 2026

AICHI-NAGOYA, JEPUN, Isnin, 19 Oktober. - Atlet para badminton negara, Awangku Muhd. Amirul Faiq bin Pengiran Zali, hari ini meneruskan lagi saingan dalam acara badminton Men Singles SH6 dengan menentang pemain dari Republik India, iaitu Sivarajan Solaimalai, bertempat di Court 3, di Ichinomiya Municipal City Gymnasium, pada Temasya Sukan Para Asia Ke-5, Aichi-Nagoya, Jepun 2026.

Pada perlawanan berkenaan, Awangku Muhd. Amirul Faiq terpaksa akur kepada kehebatan Sivarajan Solaimalai dengan keputusan, 0-2, iaitu set pertama, 8-21; manakala set kedua, 11-21, sekali gus tidak berjaya mara ke suku akhir.

Sukan Para Asia Ke-5, Aichi-Nagoya, Jepun 2026 kini berlangsung secara rasmi bermula 18 hingga 24 Oktober ini.