Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid
Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 17 Oktober. - Perlawanan Bola Sepak antara Pasukan Indera FC dan ABDB FC berakhir dengan keputusan seri 1 - 1 selepas kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang penuh semangat dan berusaha keras untuk memburu kemenangan dalam Liga Super Brunei 2026 / 2027 yang berlangsung Padang Belapan Berakas.
Sepanjang perlawanan, kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan dan berusaha untuk menambah jaringan bagi mendapatkan gol kedua. Namun, nasib kurang menyebelahi ABDB FC apabila mereka secara tidak sengaja menjaringkan gol sendiri sekali gus memberikan kelebihan kepada Indera FC.
Walaupun kedua-dua pasukan terus berusaha mencari gol kemenangan hingga ke penghujung perlawanan, tiada jaringan tambahan berjaya dihasilkan.
Akhirnya, wisel penamat mengesahkan keputusan Indera FC 1 - 1 ABDB FC, dengan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati berkongsi mata dalam perlawanan tersebut. Keputusan seri ini mencerminkan persaingan sengit antara kedua-dua pasukan yang sama-sama berusaha hingga ke minit terakhir untuk mendapatkan kemenangan.