2 anggota tentera AS terbunuh dalam serangan Republik Islam Iran di Jordan

19 Jul 2026 - 9:33am

WASHINGTON, 19 Julai. - Dua anggota tentera Amerika Syarikat (AS) terbunuh dalam serangan peluru berpandu balistik dan dron yang dilancarkan Republik Islam Iran ke atas Jordan pada Jumaat, menurut Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM).

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di platform media sosial X, CENTCOM memaklumkan kedua-dua anggota tentera itu terkorban ketika pasukan di bawah Komando Pusat AS bersama rakan sekutu mempertahankan diri daripada serangan Republik Islam Iran.

Menurut kenyataan itu lagi, seorang lagi anggota tentera AS masih dilaporkan hilang.

CENTCOM turut memaklumkan empat anggota tentera AS dipindahkan ke hospital di Jordan untuk mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan keluar, manakala beberapa anggota lain yang mengalami kecederaan ringan telah kembali bertugas.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Sistem Analisis Korban Pertahanan (Defense Casualty Analysis System), sebuah laman sesawang yang bernaung di bawah Jabatan Pertahanan AS, sehingga 17 Julai, seramai 14 anggota tentera AS dilaporkan terbunuh, manakala 427 lagi cedera dalam operasi ketenteraan terhadap Republik Islam Iran. - ©XINHUA