4 cedera dalam insiden tembakan di Carolina Utara

11 Sep 2026 - 6:34am

NEW YORK, 11 Sept. - Empat individu ditemukan cedera dalam insiden tembakan di sebuah rumah di Kaunti Gaston, Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS) pada pagi Khamis, menurut polis, lapor Xinhua.

Kesemua mereka dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, menurut laporan media tempatan. Polis dalam satu kenyataan memaklumkan insiden tembakan itu dilaporkan kira-kira 8.43 pagi Waktu Timur.

Ketika anggota polis tiba di kediaman di kawasan subbandar itu, mereka menemukan empat mangsa dan segera mengawal lokasi kejadian.

Pihak berkuasa segera memberikan pertolongan cemas kepada mangsa sehingga anggota bomba dan petugas Perkhidmatan Perubatan Kecemasan tiba di tempat kejadian.

Menurut polis, maklumat lanjut mengenai mangsa dan keadaan mereka tidak didedahkan buat masa ini berikutan siasatan yang sedang dijalankan. - ©BERNAMA