6 maut, 12 cedera dalam nahas bas di Myanmar

25 Okt 2026 - 7:26am

YANGON, 25 Okt. - Enam maut dan 12 lagi cedera dalam nahas  jalan raya di Wilayah Mandalay Myanmar pada Sabtu, menurut Jabatan Perkhidmatan Bomba Myanmar, lapor Xinhua.

Kemalangan berlaku pada  6.05 petang waktu tempatan di laluan menuruni bukit di jalan Pyin Oo Lwin-Mandalay di Perbandaran Pyin Oo Lwin.

Sebuah bas ekspres dalam perjalanan dari Pyin Oo Lwin ke Mandalay mengalami kegagalan brek dan bertembung dengan sebuah van yang dalam perjalanan ke arah bertentangan, menurut bomba.

Akibat perlanggaran, bas itu terjunam ke dalam gaung di tepi jalan sedalam kira-kira 15 meter  dan terbalik, tambahnya. Anggota bomba dan penyelamat tempatan telah dikerahkan  ke tempat kejadian.

Pemandu van maut dan daripada 29 orang yang menaiki bas, lima dilaporkan maut dan 12 cedera. Penumpang yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan. Pasukan penyelamat sedang mencari 12 orang yang masih hilang, menurut bomba. - ©BERNAMA