BEIJING, 17 Julai. - Tujuh mangsa yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Perbandaran Chongqing, barat daya Republik Rakyat China, berjaya diselamatkan, menurut pihak berkuasa tempatan pada Jumaat.
Kejadian tanah runtuh itu berlaku kira-kira jam 9.00 pagi waktu tempatan, menyebabkan beberapa buah rumah di sepanjang Sungai Wujiang di Kaunti Autonomi Pengshui Miao dan Tujia tertimbus.
Pihak berkuasa memaklumkan bahawa operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan, manakala jumlah sebenar rumah yang terjejas serta individu yang masih terperangkap belum dapat dipastikan. - ©XINHUA